1. Power Of Gratitude (Kuasa Bersyukur) ‘Jika kita benar-benar ingin menikmati hidup, mulailah dengan ucapan syukur setiap hari’ Terlalu banyak nikmat yang Allah Taala kurniakan kepada kita di dalam hidup ini. Nikmat iman dan Islam, nikmat kita masih lagi dapat bernafas, nikmat masa, nikmat rezeki yang kita peroleh, nikmat kesihatan, nikmat ilmu pengetahuan dan banyak lagi nikmat yang sudah pasti kita tidak dapat untuk menghitungnya. Lihatlah apa yang kita ada, bukannya apa yang kita tiada. Nescaya kita sentiasa kaya iaitu kaya jiwa. Mari kita bersyukur sebanyaknya dan menggunakan setiap nikmat yang kita ada dengan sepenuhnya untuk kebaikan kerana kita yakin…
Pekerjaan dalam bidang sales adalah satu pekerjaan yang mencabar. Setiap pesaing dalam pasaran sudah bijak mengatur langkah untuk membuat jualan yang hebat dan memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda. Menjual bukan sekadar membuat duit akan tetapi menjual adalah satu proses seni memujuk pelanggan untuk mengambil tindakan. Nak buat jualan dengan baik bukan satu perkara yang senang. Kena ada banyak trial and error. Cara orang lain menjual mungkin belum tentu sesuai untuk kita gunakan dengan produk atau servis kita. Berikut adalah tip-tip untuk meningkatkan hasil jualan anda. 1-Fahami Misi Perniagaan Anda Sebelum nak buat sales, sebelum nak mulakan bisnes lagi, anda…
Selama ini saya fikir Puan Faiza adalah orang Pulau Pinang. Rupa-rupanya Puan Faiza Bawumi Sayed Ahmad ini berasal dari Mesir dan berhijrah ke Malaysia pada tahun 1964. Beliau berkelulusan Diploma Jahitan mengambil upah menjahit sulaman dengan modal hanya RM4.00. Selain itu, beliau membuat baju gaun untuk anak-anak jirannya yang masil kecil dan menghasilkan set sarung bantal. Beliau juga pernah bekerja sebagai juruwang di kedai bapanya, menjual set ensiklopedia, melakukan bisnes pinggan mangkuk dan menjual pelbagai barangan dapur. Kemudian, Puan Faiza mula membuat rempah kari jenama Bunga Raya dan mengedarkannya di kedai-kedai berdekatan. Beliau menghasilkannya sendiri di rumah, dengan melibatkan proses…
Ini ialah ibu kepada pengasas tagline ‘Terlajak Laris’, Datuk Aliff Syukri. Puan Rozita Ibrahim berasal dari Sungai Besar, Selangor dan dibesarkan di Gemas, Negeri Sembilan. Beliau merupakan anak sulung dari enam adik-beradik adalah anak kepada pasangan guru agama dan suri rumah. Beliau menamatkan zaman gadisnya pada usia 18 tahun tetapi jodoh tidak panjang. Perceraian itu menyebabkan beliau sehingga dipulaukan oleh keluarga. Dengan status ibu tunggal dan tidak berpelajaran tinggi, Puan Rozita Ibrahim gigih membesarkan anak-anaknya. Sebelum beliau bergelar jutawan pada hari ini, anaknya pernah diberi minum sirap bagi menggantikan susu seawal usia 3 bulan dan membeli baju lelong berharga RM0.50…
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG