Monday, 16 December 2019 05:49

Rahsia Perniagaan Berjaya yang ramai tak tahu

Rate this item
(0 votes)

Ramai yang tak tahu Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan juga ahli perniagaan. Beliau dianugerahi dengan 2 orang anak lelaki. Ini nasihat beliau kepada dua orang anak lelaki sebelum beliau meninggal.

  • Bila berniaga, jangan kutip hutang.
  • Bila berniaga jangan kena cahaya matahari.

Dua ayat yang bila diterjemahkan dengan pandangan yang berbeza akan mendatangkan keputusan yang berbeza. Lalu kedua anak lelaki Hassan Al-Basri mengikut nasihat itu dengan pandangan yang berbeza.

Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang bertambah maju.

Satu hari si Ibu ( Balu Hassan Al Basri ) memanggil anak nya si adik untuk bertanya kenapa perniagaan menjadi merosot. Jawab si adik, dia mengikuti pesan ayahnya. Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi semua yang berhutang, saya tak pernah minta bayaran. Ayah pesan lagi, kalau berniaga jangan kena matahari, jadi kalau saya kemana-mana mesti bawa paying supaya tidak kena cahaya matahari.

Itulah tafsiran dari si adik.

Selepas itu, si ibu bertanya pula kepada si abang kenapa perniagaan semakin baik. Si abang menjawab perkara yang sama. Si abang juga mengikuti pesan ayah. Kalau berniaga jangan kutip hutang, lalu saya jual secara tunai. Maka tak ada yang berhutang dengan saya. Kedua ayah pesan jangan kena matahari, jadi saya keluar ke kedai waktu subuh, lepas solat subuh saya tak tidur dan terus ke kedai, malam baru saya pulang ke rumah.

Jadi terbukti disini, cara kita mentafsir sesuatu perkara menjadikan arah hidup  berbeza. Kalau kita menganggap ibadah itu hanyalah di tikar sejadah semata-mata, nanti kita akan jadikan ianya alasan untuk kita tidak boleh cari nafkah terhadap keluarga, kewajiban terhadap Negara dan ummah disebabkan sayangkan ibadah di tikar sejadah.

Jadi belajarlah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta Allah swt beri petunjuk, mohon Allah swt bimbing kehidupan kita semua.

“Siapa yang Allah swt mahu kebaikan bagi dirinya, maka Allah swt akan berikan kefahaman agama dengan sebenar-benarnya.

“ 9/10 dari sumber rezeki itu datangnya dari Perniagaan.

Read 640 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG