Wednesday, 05 February 2020 04:50

7 Langkah berniaga di Media Sosial

Rate this item
(0 votes)

Anda sudah ada perniagaan dan telah gunakan media sosial seperti Facebook, Blog, Instagram dan YouTube sebagai platform untuk memasarkan perniagaan anda, tapi tahap perniagaan anda masih lagi sama seperti dulu? Nak tahu kenapa?

Jika anda menggunakan media sosial sebagai alat pemasaran sepenuh masa, anda perlu tahu 7 langkah ini untuk bantu anda buat lebih banyak jualan.

1. Tingkatkan kualiti post anda.

Kebanyakkan peniaga akan menganalisis keberkesanan pemasaran di media sosial apabila mereka post tentang sesuatu barangan atau produk.

Anda boleh tengok keberkesanan posting anda melalui Reach. Dari sini anda boleh tahu posting mana yang mendapat Reach yang tinggi.

- Selalunya, posting yang mendapat reach yang tinggi adalah posting yang bergambar, dan juga yang mempunyai gambar manusia kerana pembaca lebih mudah tertarik dan menghubungkaitkan diri mereka dengan posting tersebut.

- Kini terdapat alat yang digunakan untuk menganalisis data kandungan post anda seperti BuzzSumo. Alat ini berguna dalam menganalisis post-post anda terdahulu bagi meningkatkan kualiti post dan pemasaran anda.

- Dengan analisis ini, anda boleh lihat teknik mana yang sesuai digunakan untuk memasarkan produk anda pada masa akan datang.

2. Perbanyakkan post.

- Jangan risau sekiranya wall anda penuh dengan posting Facebook atau kekerapan anda menulis entri di Blog dan upload gambar di Instagram. Ia merupakan teknik pemasaran di media sosial.

- Menurut Dr Azizan Osman anda perlu update post anda 8 kali sehari bermula waktu pagi sehingga anda nak tidur.

- Iaitu 6 kali posting kata-kata, sharing picture atau perkongsian tips dan hanya 2 kali posting produk atau servis yang anda sediakan. 8 kali ini bukan bermaksud posting produk dan servis anda sahaja.

- Jangan jadikan posting anda sebagai terlalu menjual, perlu ada ‘copywriting’ yang menarik dan juga CTA (Call to Action) iaitu cara untuk mereka menghubungi anda, atau untuk mereka dapatkan lebih maklumat tentang perniagaan anda.

3. Tajuk posting dan entri.

- Anda mungkin pernah baca kepentingan penulisan dan content dalam media sosial kan? Inilah gunanya benda-benda tersebut.

- Jangan lupa untuk create tajuk-tajuk yang ‘gempak’ yang boleh menarik followers untuk membacanya. Dengan tajuk-tajuk yang gempak ini, secara tidak langsung akan viralkan perniagaan anda.

4. Masa sesuai untuk share.

- Bukan setiap masa anda boleh share posting, gambar dan entri anda. Pilihlah masa-masa yang sesuai untuk kongsi perkara-perkara berikut seperti waktu pagi sebelum pergi kerja, tengah hari atau malam sebelum tidur.

- Melalui post terdahulu, anda boleh tahu masa sesuai post anda dapat banyak share dan like. Ikut sahaja masa tersebut dan konsisten dengan post anda, kerana followers anda sudah tahu ‘timing’ anda untuk post.

5. Sentiasa sabar.

- Anda jangan ingat, sekali post sudah dapat customer. Anda harus sabar kerana perniagaan anda sedang bersaing dengan perniagaan orang lain. Apa anda ingat, anda seorang ke yang berniaga di media sosial? Tidak…ramai lagi.

- Tapi itu pentingnya konsisten dan komited dalam perniagaan. Jika anda konsisten update post, menulis entri dan upload gambar, followers akan nampak kesungguhan anda berniaga dan mereka akan yakin dengan produk anda.

6. Pengaruh pelanggan.

- Cari pelanggan yang mempunyai pengaruh yang kuat seperti follower aktif yang ramai. Bukan setakat ramai follower, tapi semuanya pasif.

- Contohnya berkawan dengan rakan yang banyak followers dan boleh tolong repostkan posting anda. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi page dan perniagaan anda.

- Jika ada, bina hubungan dengan mereka dan kongsi produk serta servis anda dengan mereka.

7. What’s next?

- Ini langkah pemasaran yang anda boleh gunakan dalam perniagaan anda. Sebagai peniaga, pasti akan ada produk terbaru yang anda akan keluarkan, betul tak?     

- Gunakan whats next promotion dalam busines anda. Timbulkan rasa ingin tahu dalam hati customer anda dan buatkan mereka tertunggu-tunggu produk anda yang terbaru. Cara ini akan membuatkan mereka sentiasa update dengan posting anda.    

- Anda juga boleh buat ‘countdown’ sempena tawaran hebat, jualan atau pelancaran produk baru yang anda nak buat. Ini akan mencipta ‘excitement’ dan menyebabkan lebih ramai followers akan sentiasa ternanti-nanti posting anda.

Kredit : azizanosman.com

From <http://www.azizanosman.com/7-langkah-menggunakan-media-sosial-untuk-perniagaan/>

Read 347 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG