Semua orang pasti inginkan impian mereka menjadi kenyataan. Anda juga pasti ada impian yang ingin dicapai. Betul tak? Pernahkah anda merasakan yang diri anda akan berjaya suatu hari nanti? Adakah anda mempunyai kekuatan diri yang akan membantu anda untuk melakukan sesuatu yang besar dalam hidup anda? Apakah anda hanya perlukan sedikit masa sahaja lagi untuk buktikannya dan memastikan yang impian anda akan menjadi kenyataan? Jika ayat di atas ini menggambarkan diri anda, sebenarnya anda sudah mempunyai SIKAP yang diperlukan untuk menjadi seorang yang berjaya! Tahniah! Oleh sebab itu, kami ingin kongsikan pada anda 5 SIKAP yang perlu ada dalam diri…
TIPS BINA PERNIAGAAN SENDIRI YANG BERJAYA : MODAL PERNIAGAAN JANGAN DI USIK Modal perniagaan adalah perkara utama yang mengerakkan sesuatu perniaggan, jadi larangan utama dalam bisnes atau perniagaan adalah tidak mengusik modal perniagaan. Modal perniagaan hendaklah di asingkan daripada wang peribadi dan keuntungan perniagaan. Sebaiknya membuat dua akaun bank berbeza antara wang syarikat dan wang peribadi. Perbelanjaan perniagaan hendaklah direkodkan dengan teratur dalam buku kira-kira dan apabila bisnes telah berkembang sebaiknya mengaji akauntan untuk menjaga wang perniagaan. MEMILIH PRODUK PERNIAGAAN YANG MUDAH DIJUAL DAN TIADA RISIKO KEROSAKKAN Pemilihan produk perniagaan amat penting supaya produk perniagaan yang hendak diniagakan mudah dijual,…
Langkah memajukan perniagaan sehingga Berjaya Apakah kunci kejayaan dalam perniagaan? Saya telah menjalankan perniagaan selama lebih 14 tahun dan turut membantu usahawan-usahawan dalam membina perniagaan. Telah banyak juga melihat jatuh bangun perniagaan – orang lain, dan juga diri sendiri. Berikut adalah 8 kunci kejayaan perniagaan yang MESTI anda ikuti untuk pastikan perniagaan anda Berjaya :- 1. Buat kerana minat yang amat mendalam! Semestinya kita mulakan perniagaan kerana mahukan wang. Wang merupakan motivasi utama dalam memulakan perniagaan. TETAPI, jangan jadikan wang sahaja sebagai sebab utama menjalankan perniagaan. Lakukan perniagaan kerana MINAT. Minat terhadap produk yang ingin dijual, minat terhadap perkhidmatan yang…
*HILANG KEBERKATAN DAN REZEKI DALAM KELUARGA* ■ 1. Sering bergaduh. Usahlah bergaduh sesama suami isteri, lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki akan disekat. ■ 2. Merungut dan merasa anak-anak sebagai beban. Berikanlah kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki Allah SWT. Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa terbeban. ■ 3. Selalu mengeluh sesama suami isteri dengan apa yang tidak dimiliki. Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sedikit kerana syukur itu adalah…
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG