Selama ini saya fikir Puan Faiza adalah orang Pulau Pinang. Rupa-rupanya Puan Faiza Bawumi Sayed Ahmad ini berasal dari Mesir dan berhijrah ke Malaysia pada tahun 1964. Beliau berkelulusan Diploma Jahitan mengambil upah menjahit sulaman dengan modal hanya RM4.00. Selain itu, beliau membuat baju gaun untuk anak-anak jirannya yang masil kecil dan menghasilkan set sarung bantal. Beliau juga pernah bekerja sebagai juruwang di kedai bapanya, menjual set ensiklopedia, melakukan bisnes pinggan mangkuk dan menjual pelbagai barangan dapur. Kemudian, Puan Faiza mula membuat rempah kari jenama Bunga Raya dan mengedarkannya di kedai-kedai berdekatan. Beliau menghasilkannya sendiri di rumah, dengan melibatkan proses…
Ini ialah ibu kepada pengasas tagline ‘Terlajak Laris’, Datuk Aliff Syukri. Puan Rozita Ibrahim berasal dari Sungai Besar, Selangor dan dibesarkan di Gemas, Negeri Sembilan. Beliau merupakan anak sulung dari enam adik-beradik adalah anak kepada pasangan guru agama dan suri rumah. Beliau menamatkan zaman gadisnya pada usia 18 tahun tetapi jodoh tidak panjang. Perceraian itu menyebabkan beliau sehingga dipulaukan oleh keluarga. Dengan status ibu tunggal dan tidak berpelajaran tinggi, Puan Rozita Ibrahim gigih membesarkan anak-anaknya. Sebelum beliau bergelar jutawan pada hari ini, anaknya pernah diberi minum sirap bagi menggantikan susu seawal usia 3 bulan dan membeli baju lelong berharga RM0.50…
Rasulullah merupakan ahli perniagaan yang hebat. Pada suatu ketika di waktu berniaga, Rasulullah telah memperoleh keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama. Oleh kerana kehebatan Rasulullah saw dalam perniagaan, Baginda berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah (yang juga seorang usahawan unggul) ketika berumur 25 tahun. Ingin tahu cara Rasulullah berniaga, teruskanlah membaca…….  Tidak Pernah Berdebat Rasulullah dahulu ketika berniaga tidak pernah menyakiti hati peniaga lain. Hal ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan Baginda SAW sebelum Baginda diangkat menjadi rasul lagi. Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang,…
Pendidikan hanya mampu dicapai setakat darjah 6, peluang pertingkat kerjaya disekat, malah pernah ditipu ketika mula melibatkan diri untuk berniaga. Namun semua itu langsung tidak melemahkan semangat untuk terus mengejar kejayaan. Malah berkat kesungguhan, Abdul Raman Jaafar, 44, yang tidak lancar membaca dan tidak cekap menulis, kini memiliki 10 buah syarikat merangkumi perniagaan tekstil, pakaian dan aksesori. Pengamatan penulis mendapati, walaupun sudah berjaya, beliau tidak meninggi diri, tidak kedekut ilmu dan tidak malu mendedahkan kekurangannya. Contohnya, pesanan ringkas penulis mengenai temu janji dengan beliau dibalas dengan rakaman suara aplikasi Whatsapp yang berbunyi, “Maaf, puan tulis apa panjang-panjang? Saya tak faham.…
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG