KUANTAN, 13 November 2019 – Rural Capital Berhad dan MBSB Bank telah menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2018 berjumlah RM94,447.82 kepada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bertempat di Ibu Pejabat Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang. Rural Capital Berhad diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi, Ybhg. Dr. Mahadir bin Ibrahim bagi menyerahkan zakat sebanyak RM68,950.00 manakala MBSB Bank diwakili oleh Pengurus Jualan Pembiayaan Wilayah Pantai Timur, Encik Zulkefli bin Ismail telah menyerahkan zakat sebanyak RM25,497.82 kepada Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang, YH Dato’ Haji Halidan bin Md Daud.Hadir sama dalam majlis tersebut bagi mengiringi penyerahan zakat ialah Ketua Unit Perhubungan…
KUANTAN 09 November 2019 bersamaan 12 Rabiulawwal 1441 Hijrah –Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang dinobatkan sebagai Johan Perbarisan Dan Sepanduk bagi kategori Badan Berkanun/Swasta/NGO sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang yang diadakan di Kompleks Sukan Pahang (SUKPA), Bandar Indera Mahkota. Ketua Bahagian Korporat, Tuan Haji Che Samsol bin Ibrahim mewakili PKZ Pahang menerima hadiah yang disampaikan oleh YAM Tengku Panglima Raja, Mejar Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku wakil rasmi Pengerusi Jumaah Pemangku Raja Pahang, YAM Tengku Muda Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.YAM Tengku…
Segala puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, PKZ Rompin dengan kerjasama Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Rompin dan MPKK Kg Setajam telah berjaya mengadakan program Karnival ‘My Kampung’ pada 8-10 November 2019 yang lalu.Pelbagai aktiviti menarik berkonsepkan permainan dan pameran antaranya, pertandingan menangkap ikan, bola baling bendang, pertandingan badang beras, permainan dam dan banyak lagi.Selain itu juga, diadakan perkhidmatan kaunter agensi-agensi kerajaan dan swasta seperti pemeriksaan kesihatan percuma oleh Klinik Kesihatan Tg.Gemok, pemeriksaan motosikal oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kaunter Amanah Saham Nasional, Ar Rahnu YAPIEM, Tabung Haji, AGRO Bank dan lain-lain lagi.Turut diadakan juga Ceramah Perdana sempena Maulidur Rasul yang disampaikan oleh YBhg Dr Ahmad…
Segala puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Cawangan Pekan telah berjaya mengadakan program My Karnival dengan kerjasama agensi-agnsi kaunter bergerak di Perkarangan Masjid At-Taqwa Chini 4, Pekan pada 24-25 Oktober yang lalu. Di antara pengisian program My Karnival ini adalah perkhidmatan kaunter agensi seperti Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ), Amanah Saham Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Ar Rahnu Yapiem, Pemeriksaan Kesihatan Klinik Chini, Telekom Mobile dan juga Eastern Shadow (Kelab Memanah Kuantan). Turut diadakan juga Ceramah Perdana oleh YH Dato’ Haji Badli Shah bin Alauddin, Imam Besar Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan dan Kuliah Dhuha Muslimat oleh Ustaz Mohd Amran bin…
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG