Thursday, 29 August 2019 03:57

KPPMPT ISTIQAMAH SEJAK 1995

Rate this item
(0 votes)

Kuantan – 28 Ogos 2019 Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Melayu Pahang Timur Berhad (KPPMPT) telah menganjurkan program penyerahan zakat perniagaan 2018 bertempat di Atabara Boutique Hotel yang merupakan milik penuh KPPMPT di Indera Mahkota 14. Antara yang hadir dalam majlis serahan zakat ini adalah wakil pengerusi KPPMPT Tuan Haji Ismail bin Nihat, Ahli Lembaga KPPMPT, Haji Zulkefli Haji Yunus, Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang Zon 1 dan juga Tuan Haji Mohd Azmi bin Haji Othman, Pengurus Zon Timur Pusat Kutipan Zakat Pahang(PKZ). KPPMPT telah menunaikan zakat perniagaan 2018 sebanyak RM 145,409.66.

Selain daripada itu, KPPMPT turut menyampaikan sebahagian sumbangan dari zakat perniagaan 2017 kepada 11 penerima lain seperti :-

  • Masjid Sultan Ahmad 1 (diwakili oleh Imam Besar Dato’ Haji Badlishah Bin Alauddin)
  • Masjid Muamalat As-Sharif
  • Yayasan ANGKASA
  • PIBG SK Pandan
  • PIBG SK (P) Methodist
  • PIBG SK Lepar
  • PIBG SK Mat Kilau
  • PIBG SMK Indera Shahbandar (Pekan)
  • Wan Mohamad Akif Wan Zaid (pelajar melanjutkan pelajaran ke Mesir)
  • Ilya Dayana Kamarudin (pertandingan memasak peringkat antarabangsa di Jerman)

Semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran terhadap zakat yang telah dikeluarkan dan memberkati seluruh ahli KPPMPT. Amin.

Read 91 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG