Wednesday, 04 September 2019 03:58

PROGRAM WTZ DI RISDA MARAN

Rate this item
(1 Vote)

Maran - 26 Ogos 2019 bersamaan 28 Zulhijjah 1440H ;
Pusat Kutipan Zakat daerah Maran telah mengadakan taklimat dan kaunter zakat di Pejabat Risda daerah Maran bagi memberi kemudahan kepada semua kakitangan dalam hal berkaitan zakat harta.

Fokus utama PKZ dalam program ini untuk menyelesaikan perkara berkaitan dengan Wajib Taksir Zakat (WTZ) Pendapatan 2018 yang mana diputuskan oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang iaitu mana-mana individu yang bekerja atau makan gaji di dalam negeri
Pahang, wajib mengisytiharkan pendapatan kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang. Respon dari kakitangan RISDA Maran sangat positif dan sebilangan besar dari mereka telah melaksankan ibadah zakat melalui kemudahan Potongan Zakat Berjadual secara bulanan.

Hasil dari program ini, seramai 10 orang kakitanga Risda telah membuat semakan, kira semula dan membuat penambahan potongan zakat melalui gaji.

Semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran terhadap zakat yang telah dikeluarkan dan menjadikan zakat mereka sebagai pembersih harta dan dipenuhi dengan keberkatan atas harta yang masih tinggal serta memberkati seluruh kakitangan RISDA Maran. Amin.

Read 175 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG