Tuesday, 10 September 2019 03:59

Pusat Kutipan Zakat Pahang menyertai perbarisan Hari Kebangsaan peringkat negeri Pahang

Rate this item
(0 votes)

KUANTAN 31 Ogos 2019 Bersamaan 30 Zulhijjah 1440 Hijrah –
Seramai enam (6) orang pegawai Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) turut sama menyertai perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Pahang Tahun 2019. Mereka mewakili kontijen Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bersama-sama tujuh (7) penyertaan daripada anak-anak syarikat MUIP lain seperti Grand Darul Makmur (GDM) Hotel, Pasaraya Darul Makmur (PDM), Pusat Dialisis MUIP, Kompleks Asnaf, Muip Urus Sdn Bhd dan Pahang Medical Centre (PMC) dengan kekuatan sumber seramai lima puluh (50) orang pegawai.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah berkenan menghadiri majlis sambutan Hari Kebangsaan tahun ini bertempat di pekarangan Jalan Mahkota, Kuantan. Baginda turut diiringi Menteri Besar Pahang, YAB Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Tengku Hassanal kemudian berkenan memeriksa kawalan kehormat utama daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum menyaksikan acara perbarisan daripada 86 kontinjen dengan kekuatan 4,296 peserta. Kehadiran pengunjung seramai kira-kira 5,000 orang itu diserikan dengan persembahan Pantomin Leftenan Adnan dalam Perang Bukit Chandu 1942 bagi mengenang perjuangan tokoh perajurit berkenaan.

Read 151 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG