Tuesday, 10 September 2019 04:13

PROGRAM WTZ DI PAHANG SKILLS DEVELOPMENT CENTRE (PSDC)

Rate this item
(0 votes)

Kuantan – 6 September 2019 bersamaan 6 Muharram 1441H ;

Pusat Kutipan Zakat Cawangan Kuantan telah mengadakan taklimat dan kaunter zakat di Bilik Seminar 1, Pahang Skills Development Centre, Semambu bagi memberi kefahaman kepada semua kakitangan dalam hal berkaitan zakat harta khususnya Wajib Taksir Zakat (WTZ).

Fokus utama PKZ dalam program ini untuk menyelesaikan perkara berkaitan dengan Wajib Taksir Zakat (WTZ) Pendapatan 2018 yang mana diputuskan oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang iaitu mana-mana individu yang bekerja atau makan gaji di dalam negeri Pahang, wajib mengisytiharkan pendapatan kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang.

Maklumbalas dari kakitangan PSDC ini sangat positif dan sebilangan besar dari mereka telah melaksanakan  ibadah zakat melalui kemudahan Potongan Zakat Berjadual secara bulanan.

Hasil dari program ini, lebih dari 10 orang kakitangan PSDC telah membuat semakan, taksiran dan membuat penambahan potongan zakat melalui gaji samaada menggunakan borang secara manual mahupun “online”.

Semoga dengan kunjungan dan kerja dakwah kami ini dapat memberi kefahaman kepada kakitangan PSDC dalam hal berkaitan dengan zakat harta serta dapat mengeratkan ukhwah.

Disediakan oleh

Zulfaiz Asyraf Bin Mohd Zain

Read 212 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG