Friday, 13 September 2019 02:00

PROGRAM ZIARAH PENIAGA ZON TIMUR

Rate this item
(0 votes)

KUANTAN, 04 September 2019 – Restoran masakan kampung terkenal di Kuantan, Restoran Mabiq
Tanjung Lumpur telah menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2019 kepada Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang dalam Program Ziarah Peniaga di premisnya di Kuantan.

Restoran tersebut diwakili oleh Puan Rohaihanah bt Ab Halim yang telah menyerahkan zakat sebanyak RM500.00. Di dalam program tersebut juga, beliau turut mewakili Pengurus Mabiq, Puan Umie Ruziani binti Ab Ghani juga turut menyerahkan zakat pendapatannya sebanyak RM948.00.

Serahan zakat tersebut telah diterima oleh Pengurus Zon Timur PKZ Pahang, Tuan Haji Mohd Azmi bin Haji Othman bersama-sama dua (2) pegawai dari Pejabat PKZ Pahang Cawangan Kuantan, En. Mohd Amran bin Haji Abd Hamid dan En. Zulfaiz Asyraf bin Mohd Zain.

Restoran ini juga turut menaja kos pembelanjaran ratusan pelajar-pelajar di Maahad Bahasa Danm Ilmu Quran yang terletak di Pantai sepat Kuantan.

Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat kepada peniaga yang terlibat kerana melaksanakan ibadah zakat perniagaan sebagaimana yang telah disyariatkan dalam Islam.

“TUNAI ZAKAT, REZEKI BERKAT”

Read 100 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG