Friday, 13 September 2019 02:05

DISKUSI MAAL HIJRAH

Rate this item
(0 votes)

Kuantan - 12 September 2019, PKZ Zon Timur telah mengadakan kolaborasi program sempena Maal Hijrah tahun ini dengan kerjasama Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan pada hari Rabu, 11 September bersamaan dengan 11 Muharram 1441 Hijrah.

Program Diskusi Maal Hijrah yang bertemakan “Jom Dakwah” ini berjaya menarik perhatian hambir 500 orang Jemaah ke masjid negeri bagi tujuan mendengar diskusi yang disampaikan oleh 2 orang panel iaitu Imam Besar Masjid Negeri, Sahibus Saa’dah Dato’ Badli Shah bin Alauddin bergandingan dengan Presiden Persatuan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) Tuan Haji Kamaruddin bin Abdullah.

Diskusi ini juga disiarkan secara langsung di FB Zakatpahang dan juga khidmat perunding zakat kepada sidAng Jemaah yang hadir.

Negeri Pahang permai sentosa
Dapat gelaran Si Darul Makmur
Dakwah zakat tak kira masa
Asalkan harta suci dan subur

Disediakan oleh,
Hairul Nain bin Mkhtar
PIC Kaunter Kuantan

Read 93 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG