Tuesday, 01 October 2019 06:57

JUARA PENCETUS UMMAH 2016 BERZAKAT

Rate this item
(0 votes)

PEKAN, 30 September 2019 bersamaan 1 Safar 1441H

Pendakwah selebriti PU Mizi atau Ustaz Nor Hamizi bin Jamaluddin buat sekian kalinya telah menunaikan kewajipan zakat pendapatan beliau di pejabat Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang) Cawangan Pekan, Bayaran zakat beliau telah diterima oleh Penyelia PKZ Cawangan Pekan, Haji Kahirul Anuar bin Abdullah.

Sebagai makluman, PU Mizi adalah berasal dari daerah Raub dan bertugas di Ibu Pejabat Jabatan Agama Islam Pahang yang terletak di Pekan

Melalui kemaskini FB beliau, PU Mizi beliau menyeru agar semua umat Islam jangan lupa untuk menunaikan zakat dan mendoakan semoga Allah memberkati rezeki seluruh umat Islam semua.

Semoga Allah memberi sebaik-baik ganjaran terhadap zakat yang telah ditunaikan oleh PU Mizi dan memberkati segala harta beliau yang masih tinggal

Read 88 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG