Thursday, 03 October 2019 08:37

WAJIB TAKSIR BERSAMA WARGA JTK PAHANG

Rate this item
(0 votes)

Segala puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, Pusat Kutipan Zakat Kuantan telah diberi kesempatan menyampaikan dakwah wajib taksir kepada 35 warga Jabatan Tenaga Kerja negeri Pahang (Jabatan Buruh) sempena Kursus Integriti Dalam Perkhidmatan Awam di Dewan Institut Koperasi Malaysia Zon Timur, Indera Mahkota Kuantan pada 26 September 2019 (Khamis).

Alhamdulillah, 35 peserta kursus mendapat manfaat daripada penjelasan tersebut sekaligus melaksanakan wajib taksir masing-masing.

Bertuahnya badan kerana sihat
Doa dipanjat memohon ‘afiat
Hasil pendapatan perlu dizakat
Menjadi tuaian di negeri akhirat

Disediakan oleh
Zulfaiz Asyraf
PKZ Kuantan

Read 61 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG