Friday, 04 October 2019 05:59

PROGRAM ‘MAHABBAH ZAKAT’ PKZ KUANTAN

Rate this item
(0 votes)

Segala puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, PKZ Kuantan telah mengadakan program 5 serangkai sempena Sayyidul Ayyam (Jumaat) bertempat di Masjid Kampung Pandan 2, Jalan Pintasan Kuantan pada 27 September 2019.

Di antara aktiviti yang diadakan sempena program tersebut adalah :

  1. Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Ustaz Anuar bin Hassan bertajuk: Bizzakat Sokong Ekonomi Ummah
  2. Bicara Muslimat oleh Ust Mohd Amran bin Abdul Hamid, Penolong Pegawai Zakat Kuantan bertajuk : Saham Akhirat
  3. Kuliah Al-Waidz oleh Ust Mohd Azmi bin Haji Othman, Pengurus Zon Timur bertajuk : Jangan Risau
  4. Penyerahan zakat perniagaan Koperasi Masjid Kg Pandan 2
  5. Kaunter perkhidmatan zakat Harta

Alhamdulillah, 500 orang jemaah dari sekitar Kampung Pandan 2 telah mendapat manfaat daripada program tersebut 

Bertuahnya badan kerana sihat
Doa di panjat memohon afiat 
Jangan risau ke mana zakat
Kepada asnaf menjadi manfaat

Disediakan oleh
Mohd Faiz bin Mohd Shukor
PKZ Kuantan
2019

Read 69 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG