Friday, 04 October 2019 06:15

MAJLIS MAKAN MALAM DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH PKZ PAHANG 2019

Rate this item
(1 Vote)

Kuantan, 28 September 2019/28 Safar 1441H – Lebih daripada 89 orang pegawai dan kakitangan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang termasuk 5 orang kakitangan sambilan menghadiri Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah PKZ Pahang bagi tahun 2019 yang bertempat di Dewan Sanggang Perdana, Hotel Seri Malaysia Kuantan.

Sebelum majlis bermula, pembentangan laporan prestasi PKZ Pahang sepanjang 2019 dan kaedah pemarkahan KPI kakitangan diadakan pada jam 2.30 petang hingga jam 5.00 petang. Majlis bermula jam 8.30 malam dengan bacaan doa, ucapan aluan daripada Pengurus Besar Kanan (PBK) PKZ Pahang, YH Dato Haji Halidan bin Md Daud dan Setiausaha Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), YH Dato Ahmad Hairi bin Hussain. YH Setiausaha MUIP juga turut bersama-sama dengan YH Dato’ PBK dan para kakitangan menyanyikan lagu lagu rasmi PKZ Pahang “Kau Inspirasiku”.

Selesai menjamu selera, majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah kepada 31 orang penerima mengikut kategori masing-masing iaitu terdiri daripada 5 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018, 8 orang penerima Anugerah Kenaikan Gred dan 17 orang penerima Anugerah Khidmat Setia Perkhidmatan 10 dan 20 tahun. Majlis turut diserikan persembahan khas daripada 5 orang kakitangan baru PKZ Pahang. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada YH Setiausaha MUIP pada kira-kira jam 10.30 malam.

Didoakan semoha PKZ Pahang terus bergerak maju seiring dengan perkembangan era teknologi di dalam menyampaikan dakwah zakat kepada umat Islam.

Read 291 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG