Friday, 04 October 2019 07:33

MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA FAKULTI KEWANGAN ISLAM DAN PENTADBIRAN PERNIAGAAN KUIPSAS

Rate this item
(2 votes)

03 Oktober 2019, Kuantan - Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) telah menerima  kunjungan hormat daripada para pensyarah dan pelajar Fakuti Kewangan Islam dan Pentadbiran Perniagaan Kolej Univeristi Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS). Rombongan seramai 11 orang itu telah diketuai oleh Pensyarah Kanan fakulti berkenaan, Puan Nor Azah binti Abdul Jalil dan seorang pensyarah lain iaitu Cik Norhasliza Hanum binti Ishak.

Tujuan kunjungan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar terhadap fungsi dan realiti industri pekerjaan. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Haji Che Samsol bin Ibrahim, Ketua Bahagian Korporat PKZ Pahang, Ustaz Felza Zulrafaee bin Abdul Hamid, Ketua Bahagian Dakwah dan Penyelidikan PKZ dan Encik Zafridan bin Mohd Daud, Ketua Bahagian Pemasaran. Para pelajar telah diberi pendedahan berkenaan Fungsi Dan Perancangan Strategik PKZ, pengurusan kutipan dan aktiviti, statitistik kutipan dan agihan, perakauan zakat, isu-isu semasa zakat dan cabaran pentadbiran PKZ Pahang.

Semoga sesi penerangan yang diberikan ini dapat memberi pengalaman terbaik kepada para pelajar untuk mereka terjun ke alampekerjaan nanti.

Read 69 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG