Monday, 21 October 2019 00:55

KAUNTER ZAKAT DI LHDN KUANTAN SEMPENA PROGRAM MAAL HIJRAH 1441

Rate this item
(0 votes)

KUANTAN, 10 September 2019 – Kaunter Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) dibuka khas untuk para pegawai dan kakitangan serta pelanggan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Kuantan sempena Program Maal Hijrah. Kaunter tersebut memberi peluang kepada para pengunjung untuk membuat pertanyaan, kiraan dan pembayaran zakat tanpa perlu ke pejabat PKZ di tengah-tengah bandar dan mengelak daripada masalah mencari tempat parkir.

Kaunter yang dibuka di ruang legar Dewan Indera Perdana di tingkat 1 Menara Hasil beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pengunjung dan menerima 14 borang bayaran zakat melalui potongan gaji dengan jumlah potongan RM1,408.09 setiap bulan serta bayaran zakat berjumlah RM100.00 daripada seorang pembayar.

Semoga Allah Taala memberi sebaik-baik ganjaran terhadap zakat yang dikeluarkan dan memberkati segala harta yang masih ada. Amin.

Read 72 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG