Wednesday, 23 October 2019 23:56

MAJLIS JELAJAH MESRA PKMM NEGERI PAHANG

Rate this item
(1 Vote)

LIPIS, 15 Oktober 2019 – Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) bersama-sama Persatuan Kontraktor
Melayu Malaysia (PKMM) Cawangan Pahang telah menyertai Majlis Jelajah Mesra bersama para
kontraktor yang berdaftar dalam negeri Pahang bertempat di Dewan Institut Pertanian Lipis. PKZ Pahang
yang diwakili oleh Pengurus Zon Barat PKZ Pahang, En. Mohd Zaisam bin Zainal telah menyampaikan ceramah yang bertajuk - “Keberkatan Dalam Mencari Rezeki'. Turut sama memberikan taklimat dalam majlis tersebut ialah wakil pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) Lipis, Pengarah CIDB Pahang dan Pengarah Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) Pahang.

Penutupan majlis yang berlangsung dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang itu telah disempurnakan oleh Pengerusi PKMM Negeri Pahang, En. Abd Gapar bin Lambak.

Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat kepada kontraktor yang telah melaksanakan ibadah zakat perniagaan sebagaimana yang telah disyariatkan dalam Islam, semoga Allah melipat gandakan lagi rezeki mereka.

“TUNAI ZAKAT, REZEKI BERKAT”

Read 93 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG