Thursday, 24 October 2019 00:05

KOSMA TERIMA ANUGERAH ZAKAT KEBANGSAAN 2019

Rate this item
(0 votes)

KUALA LUMPUR, 22 Oktober 2019 – Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) di atas penerimaan Anugerah Zakat Kebangsaan 2019 kategori Syarikat Awam Berhad sempena Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2019. Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2019 Dan Ijtima’ Penggerak Zakat Kebangsaan 2019 yang dianjurkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) bertempat di Hotel Movenpick & Pusat Konvensyen, KLIA, Sepang merupakan acara tahunan JAWHAR.
|
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid Bin Yusof, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Pihak KOSMA telah diwakili oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KOSMA, YH Dato' Haji Abdul Manan bin Abdul Rahman. Turut hadir di dalam majlis tersebut adalah Ketua Pengarah JAWHAR, Tuan Haji Roslan bin Said dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Yang Berbahagia Dato' Haji Hasnol Zam Zam bin Haji Ahmad.

Untuk makluman, KOSMA merupakan syarikat korporat yang istiqomah menunaikan zakat harta di negeri Pahang setiap tahun sejak 2006 sehingga kini dengan jumlah terkumpul melebihi 16.4 juta ringgit. Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat kepada pihak KOSMA kerana melaksanakan ibadah zakat perniagaan sebagaimana yang telah disyariatkan dalam Islam.

“TUNAI ZAKAT, REZEKI BERKAT”

Read 121 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG