Tuesday, 12 November 2019 01:57

KARNIVAL MY KAMPUNG TAMAN IMPIAN KG PADANG

Rate this item
(0 votes)

Kuantan, 18 Oktober 2019 bersamaan 19 safar 1441H

Julung kalinya pada tahun 2019, Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang telah mengadakan satu program dakwah zakat dengan jenama Karnival My Kampung secara berperingkat di setiap daerah di negeri Pahang bermula di daerah Kuantan. Program tersebut diadakan dengan tujuan menyebarkan dakwah zakat serta maklumat semasa berkaitan pelaksanaan zakat harta khususnya di negeri Pahang. Karnival ini dipakejkan bersekali dengan agensi-agensi perkhidmatan kaunter bergerak dari pelbagai jabatan dan agensi swasta dengan menawarkan perkhidmatan kepada penduduk setempat.

Program ini telah dirasmikan oleh Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang, YH Dato’ Haji Halidan bin Md Daud dan turut hadir sama dalam majlis tersebut adalah Penolong Pegawai Perpaduan Negeri, Encik Jasmin bin Md Kassim.

Pada masa yang sama, PKZ Pahang turut menerima bayaran Zakat Perniagaan daripada beberapa syarikat iaitu Syarikat Muzlina Trading (Shell), Syarikat Muzlina Trad, Syarikat DMO Station Enterprise serta Teluk Sisek Station (Petronas).

Terdapat beberapa aktiviti serta pengisian diadakan sempena Karnival tersebut, antaranya ialah kuliah khas muslimat, khutbah jumaat, serta forum Agama. Aktiviti-aktiviti lain juga turut diadakan sempena program ini iaitu kaunter pameran dari agensi-agensi kerajaan dan swasta seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), arRahnu Yapeim, Bank Kerjasama Rakyat, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Telekom Malaysia Berhad (TM), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pasaraya Darul Makmur (PDM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Selain dari aktiviti pameran, turut diadakan pertandingan azan dan hafazan dengan penyertaan dari sekolah KAFA sekitar kawasan tersebut.

Pihak PKZ Pahang mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli jawatankuasa KRT Taman Impianku di atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang program tersebut berlangsung. Semoga program ini dapat memberi manfaat yang berterusan kepada masyarakat.

Read 662 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG