Thursday, 14 November 2019 02:45

MY KARNIVAL CHINI 4

Rate this item
(0 votes)

Segala puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Cawangan Pekan telah berjaya mengadakan program My Karnival dengan kerjasama agensi-agnsi kaunter bergerak di Perkarangan Masjid At-Taqwa Chini 4, Pekan pada 24-25 Oktober yang lalu.

Di antara pengisian program My Karnival ini adalah perkhidmatan kaunter agensi seperti Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ), Amanah Saham Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Ar Rahnu Yapiem, Pemeriksaan Kesihatan Klinik Chini, Telekom Mobile dan juga Eastern Shadow (Kelab Memanah Kuantan).

Turut diadakan juga Ceramah Perdana oleh YH Dato’ Haji Badli Shah bin Alauddin, Imam Besar Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan dan Kuliah Dhuha Muslimat oleh Ustaz Mohd Amran bin Abd Hamid.

Alhamdulillah, semoga perkhidmatan agensi yang menyertai program ini memberi manfaat kepada warga peneroka Chini 4. PKZ Pahang mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengurusan Felda Chini 4, Pengerusi JKKR- En Karim bin Mohd Nor , Pengerusi Masjid At-Taqwa Tuan Haji Kamarudin bin Kanun, Penyelaras program Encik Hafifuddin bin Muhammad, serta semua warga Felda Chini 4 yang terlibat.

Tegaknya Islam kerana syariat
Solat dan Zakat kembaran rapat
Program My Karnival sangat bermanfaat
Semua agensi memberi khidmat

Disediakan oleh
Haji Khahirul Anuar Abdullah
Penyelia Daerah Pekan
2019

Read 640 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG