Friday, 15 November 2019 00:47

PKZ JOHAN PERBARISAN MAULIDUR RASUL 1441H/2019M

Rate this item
(0 votes)

KUANTAN 09 November 2019 bersamaan 12 Rabiulawwal 1441 Hijrah –
Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang dinobatkan sebagai Johan Perbarisan Dan Sepanduk bagi kategori Badan Berkanun/Swasta/NGO sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang yang diadakan di Kompleks Sukan Pahang (SUKPA), Bandar Indera Mahkota. Ketua Bahagian Korporat, Tuan Haji Che Samsol bin Ibrahim mewakili PKZ Pahang menerima hadiah yang disampaikan oleh YAM Tengku Panglima Raja, Mejar Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku wakil rasmi Pengerusi Jumaah Pemangku Raja Pahang, YAM Tengku Muda Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

YAM Tengku Panglima Raja Mejar Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah turut menyampaikan Anugerah Tokoh Daie kepada bekas Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), YH Dato’ Haji Mohd Ghazali bin Abdul Aziz, manakala Anugerah Tokoh Pendidikan kepada bekas Rektor Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), YH Dato’ Haji Yahya bin Zainal Abidin dan Anugerah Tokoh Ummah kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semantan, Tuan Haji Idris bin Omar.

Hadir sama di dalam majlis tersebut termasuk Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Timbalan Yang DiPertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang, YDH Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan dan Timbalan Pengarah JAIP, Tuan Haji Zakaria bin Mohamed.



Disediakan oleh,
Noraidah binti Mustafa
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
PKZ Pahang

Read 125 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG