Friday, 15 November 2019 01:15

RURAL CAPITAL BERHAD DAN MBSB BANK TUNAI ZAKAT

Rate this item
(0 votes)

KUANTAN, 13 November 2019 – Rural Capital Berhad dan MBSB Bank telah menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2018 berjumlah RM94,447.82 kepada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bertempat di Ibu Pejabat Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang.

Rural Capital Berhad diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi, Ybhg. Dr. Mahadir bin Ibrahim bagi menyerahkan zakat sebanyak RM68,950.00 manakala MBSB Bank diwakili oleh Pengurus Jualan Pembiayaan Wilayah Pantai Timur, Encik Zulkefli bin Ismail telah menyerahkan zakat sebanyak RM25,497.82 kepada Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang, YH Dato’ Haji Halidan bin Md Daud.

Hadir sama dalam majlis tersebut bagi mengiringi penyerahan zakat ialah Ketua Unit Perhubungan Korporat Rural Capital Berhad, Encik Mohamad Arif bin Mohamed Ali, Ketua Cawangan Negeri Pahang Rural Capital Berhad, Puan Nur Suhara binti Rosli dan Pengurus Kewangan MBSB Bank, Encik Mohamad Aizat bin Rosdi.

Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat kepada semua badan korporat yang terlibat kerana melaksanakan ibadah zakat perniagaan mereka sebagaimana yang telah disyariatkan dalam Islam.

Disediakan oleh,
Noraidah binti Mustafa
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
PKZ Pahang

Read 69 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG