Monday, 02 December 2019 03:52

KARNIVAL MY FELDA

Rate this item
(0 votes)

Muadzam Shah ; 22 November 2019 bersamaan 25 Rabiulawal 1441H
PKZ Muadzam dengan kerjasama pihak pengurusan Felda Keratong 2 dan agensi-agensi kaunter bergerak telah mengadakan program Mini Karnival My Felda di Perkarangan Masjid Al Makmuriah Felda Keratong 2 bersempena sambutan Maulidurrasul 2019.

Pengisian program bermula pada malam jumaat 21 November 2019, dengan Ceramah Perdana oleh Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu (UnisZa) Prof Dr Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah dengan tajuk “Perpaduan Menurut Sunnah Rasulullah SAW”

Pada hari berikutnya, 22 November (Jumaat), bermula jam 6.00 pagi, slot tazkirah Subuh oleh Ketua Bahagian Dakwah Pusat Kutipan Zakat Pahang Ustaz Felza Zulrrafaaee bin Abdul Hamid, Perarakan Maulidurrasul, Kuliah Dhuha oleh Pengurus Zon Timur Pusat Kutipan Zakat Pahang Tuan Haji Mohd Azmi bin Othman dengan Tajuk : Rasulullah Qudwah Sepanjang Zaman.

Selain dari itu, turut di adakan juga pertandingan azan dan perkhidmatan dari agensi-agensi bergerak seperti Lembaga Tabung Haji, Ar-Rahnu Yapeim, Klinik Kesihatan Pergigian, Telekom Malaysia dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang serta PKZ Pahang.

Di samping itu juga, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah melaksanakan program ziarah prihatin jejak asnaf sekitar Felda keratong 2 serta serahan bantuan Alat Pendengaran kepada Asnaf yang layak.

Manakala, Perasmian Penutup Mini Karnival My Felda Muadzam dirasmikan oleh Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang YH Dato’ Haji Halidan bin Md Daud, sekaligus menerima bayaran zakat perniagaan daripada 4 buah koperasi iaitu Koperasi Felda Keratong 2, Koperasi Felda Keratong 5, Koperasi SMK Bandar Tun Razak dan Koperasi SMK Muadzam Shah.

Mohd Nadhir Syafiq bin Rameli
Pusat Kutipan Zakat Muadzam Shah

Read 32 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG