Monday, 02 December 2019 04:09

Taklimat Zakat di R&R Genting Sempah

Rate this item
(0 votes)

BENTONG, 26 November 2019- Pusat Kutipan Zakat Pahang Cawangan Bentong (PKZ) dengan kerjasama ANIH BERHAD telah mengadakan satu pertemuan dengan para peniaga R&R Genting Sempah baru-baru ini.

Satu taklimat khas berkenaan Zakat Perniagaan telah disampaikan oleh Encik Mohd Zaisam bin Zainal, Pengurus PKZ Pahang Zon Barat. Program "Sembang Santai Zakat" ini bukan sahaja memberi ruang kepada para peniaga untuk berkongsi rasa dan pandangan berkaitan kepentingan zakat bagi menjamin keberkatan dalam mencari rezeki malah para peniaga turut dibantu untuk membuat taksiran zakat.

Program yang turut dihadiri Puan Zaimawar binti Mohd Sah, Pegawai Kanan Fasiliti ANIH Berhad telah menyaksikan para peniaga yang hadir terus menunaikan zakat masing-masing pada hari berkenaan. Semoga Allah memberi keberkatan dan menjadikan zakat ini sebagai keuntungan kepada perniagaan mereka.

Read 52 times
More in this category: « KARNIVAL MY FELDA
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG