Friday, 17 January 2020 03:24

PKZ METERAI PERJANJIAN EZ ZAKAT

Rate this item
(0 votes)

KUALA LUMPUR, 10 Disember 2019 ;
Pusat Kutipan Zakat (PKZ) dan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) telah mengadakan majlis perjanjian persahaman kerjasama menggunakan produk Ez-Zakat bertempat di Ibu Pejabat BMMB.

PKZ Pahang diwakili oleh Pengurus Besar Kanan, YH. Dato’ Haji Halidan bin Md Daud bagi menandatangani perjanjian persefahaman dan disaksikan oleh Ketua Divisyen Perbankan Konsumer, Encik Zury Rahimee bin Zainal Abiden. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif BMMB, Encik Khairul bin Kamarudin. Majlis perjanjian kerjasama itu turut disertai oleh tiga (3) buah negeri lain iaitu Kelantan, Sarawak dan Pulau Pinang.

Dengan jalinan kerjasama ini, pendeposit Bank Muamalat yang beragama Islam dapat menunaikan kewajipan berzakat ke atas wang simpanan mereka secara terus melalui BMMB. Kaedah kiraan dan potongan zakat yang akan digunakan adalah mengikut praktis PKZ Pahang dan potongan zakat akan dilakukan secara automatik apabila cukup haul dan nisab.

Perkhidmatan Ez-Zakat ini juga telah mendapat pengiktirafan antarabangsa dengan meraih Anygerah Perkhidmatan Kreatif Atau Penilaian Produk 2019 daripada Islamic Retail Banking Award, Cambridge International Financial Advisory di Oman.

Pihak PKZ Pahang mengharapkan agar kemudahan Ez-Zakat ini agar dapat memudahkan orang ramai memunaikan ibadah zakat mereka.

Disediakan oleh,
Noraidah binti Mustafa
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
PKZ Pahang

Read 567 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG