Sunday, 16 February 2020 23:56

KUTIPAN ZAKAT 2019 MENINGKAT 9%

Rate this item
(0 votes)

Alhamdulillah hasil kutipan zakat harta pada tahun 2019 telah berjaya meningkat sebanyak RM11.9 juta berbanding tahun sebelumnya. Bagi tahun 2019, kutipan zakat harta bagi seluruh negeri Pahang adalah sebanyak RM143.4 juta. Ini bermaksud berlakunya peningkatan sebanyak 9.0% berbanding kutipan tahun 2018 iaitu sebanyak RM131.5 juta. Dari segi bilangan pembayar, jumlah pembayar yang membayar zakat harta pada tahun 2019 adalah sebanyak 89,999 orang berbanding dengan tahun 2018 seramai 85,818 orang.

Penyumbang terbesar bayaran zakat harta adalah daripada zakat pendapatan dan harta yang dibuat melalui potongan gaji. Sebanyak RM58.0 juta telah diterima melalui potongan gaji dengan bilangan pembayar seramai 62,122 orang. Amaun kedua terbesar adalah diterima daripada zakat perniagaan yang meliputi badan-badan korporat serta lain-lain perniagaan. Jumlah yang diterima daripada kategori ini adalah sebanyak RM46.0 juta. Seterusnya diikuti dengan zakat Wang Simpanan dengan jumlah sebanyak RM16.9 juta.

Bagi tahun 2020, dengan pelbagai pelan strategik yang telah dirancang PKZ berkeyakinan untuk menggapai sasaran yang telah ditetapkan iaitu RM153 juta dan sasaran pembayaran seramai 98,000 orang.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT

Read 327 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG