Wednesday, 19 February 2020 03:55

PENDAKWAH TERKENAL SEMARAKKAN DAKWAH ZAKAT

Rate this item
(0 votes)

Kuantan, 7 Februari 2020 - Program ‘Road Tour Dakwah’ pendakwah selebriti terkenal tanah air iaitu Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus dan pendakwah nusantara Ustaz Dr Abdul Somad ke Kuantan baru-baru ini sempena program Himpunan Perpaduan Ummah peringkat negeri Pahang. Puluhan ribuan umat Islam telah hadir ke majlis yang diadakan di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan itu bagi mendengar tazkirah mereka berdua.

Mereka juga sempat memberi mutiara nasihat kepada umat Islam di negeri Pahang agar jangan lupa menunaikan kewajipan agama iaitu membayar zakat.

Dalam pesanan ringkasnya Ustaz Azhar atau lebih dikenali dengan UAI berkata,

“Bayarlah zakat sebab dengan zakatlah boleh mendatangkan keberkatan kepada diri kita (maksud barakah ialah pertambahan kebaikan dalam hidup). Perlu diingat Zakat adalah rukun Islam, maka jika kita tidak menyempurnakan rukun maka Islam kita juga turut sakit (tidak sempurna). Jika anda telah wajib zakat maka tunaikanlah hak zakat sebab ia tanda terima kasih kita hidup atas muka bumi yang fana’ ini.”

 

‘PKZ – Rakan Ibadah Anda’

Read 771 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG