Monday, 11 May 2020 06:29

DATO SUK PROMO BAYARAN ZAKAT MELALUI PAHANGGO

Rate this item
(0 votes)

Baru-baru ini Ketua Bahagian Korporat PKZ Pahang telah melakukan kunjungan hormat terhadap YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Salehuddin bin Ishak di pejabat beliau di bangunan SUK Pahang. Dalam kesempatan itu juga YB Dato’ Sri sempat untuk turut mempromosi agar orang ramai menunaikan zakat melalui aplikasi PahangGo. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play dan App Store. Pembayaran zakat dalam PahangGo boleh dibuat melalui mod FPX, Kad kredit/Debit dan E-Wallet.

PahangGo adalah satu aplikasi yang dibangunkan oleh sebuah syarikat tempatan yang juga merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang. Selain daripada pembayaran zakat, melalui aplikasi PahangGo ini turut boleh dibuat pembayaran cukai hasil semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam Pahang, bayaran parkir, top up pasca bayar, pinjaman pendidikan serta pelbagai pembayaran bil utility yang lain.

Sempena bulan Ramadan al-mubarak ini juga, YB Dato’ Sri turut melunaskan ibadah zakat harta beliau dan isteri. Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah mengurniakan sebaik-baik ganjaran ke atas zakat zakat yang telah ditunaikan oleh Dato’ Sri dan isteri serta peliharalah harta mereka yang masih tinggal.

Read 132 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG