Sunday, 31 May 2020 09:08

SEMUA PEJABAT PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG (PKZ PAHANG) MULA OPERASI

Rate this item
(0 votes)

KUANTAN. 18 Mei 2020 bersamaan 25 Ramadan 1441H

Setelah hampir dua bulan pejabat PKZ Pahang tidak menyediakan perkhidmatan untuk orang ramai disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN), hari ini semua pejabat PKZ Pahang di seluruh negeri Pahang telah  mula beroperasi kembali.  Sempena musim PKPB ini, waktu operasi kaunter adalah bermula jam 9 pagi sehingga 3 petang sahaja.

Bagi mengambil langkah keselamatan untuk membendung wabak Covid-19 yang disarankan oleh Kerajaan, PKZ Pahang telah mengambil tindakan  sewajarnya dengan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi. Pihak PKZ Pahang juga menyediakan perkhidmatan RELA bagi menjamin SOP kaunter dan amalan penjarakan social dipatuhi. Diharapkan kepada pelanggan yang ingin berurusan dengan PKZ Pahang dapat memakai penutup hidung dan mulut (mask) demi keselamatan bersama.

Diharapkan dengan bukanya semua pejabat PKZ Pahang ianya dapat memudahkan umat Islam  untuk menunaikan ibadah zakat mereka.

Read 364 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG