Monday, 01 June 2020 05:49

TUANKU YDP MUIP & TENGKU TYDP BERZAKAT

Rate this item
(0 votes)

KUANTAN. 23 Mei 2020 bersamaan 30 Ramadan 1441H 

Segala puji dan syukur kehadrat Allah S,W.T di atas limpah rahmatNya, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merangkap Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Timbalan Yang Dipertua MUIP, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Leftenan Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah telah berkenan menunaikan kewajipan berzakat mereka walaupun dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 

Pembayaran zakat harta KDYMM Tuanku telah diwakili oleh pembantu peribadi baginda, Tuan Haji Rosli bin Nazan yang diserahkan kepada Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang, Yang Hormat Dato’ Haji Halidan bin Md Daud bertempat di Ibu Pejabat PKZ Pahang. Manakala zakat YAM Tengku TYDP telah ditunaikan oleh YAM Tengku sendiri di kediamanan Tengku di Kota Sas, Kuantan. 

Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran dan keberkatan di dunia dan akhirat kepada KDYMM Tuanku dan YAM Tengku atas ibadah zakat yang dilaksanakan.

Read 195 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG