Tuesday, 02 June 2020 06:56

PEMBAYARAN ZAKAT ATAS TALIAN MENDAPAT SEMBUTAN

Rate this item
(0 votes)

Memahami keutamaan memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19 dan pematuhan kepada penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak menghalang umat Islam menunaikan ibadah zakat melalui bayaran zakat atas talian.

Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang) telah menyediakan pelbagai saluran pembayaran zakat atas talian untuk memudahkan umat Islam menunaikan ibadat zakat tanpa perlu ke pejabat PKZ antaranya bayaran melalui 12 Perbankan Internet, FPX , aplikasi PahangGo, Pos online dan portal MyEg.

Dalam tempoh 10 minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, seramai 5,186 orang telah menunaikan ibadah zakat mereka secara atas talian dengan amaun sebanyak 1.9 juta.

Berdasarkan peningkatan drastik penggunaan bayaran atas talian berbanding dalam tempoh yang sama pada tahun lalu, ini menunjukkan masyarakat telah mengambil satu pendekatan yang bijak bagi memastikan keselamatan diri terjaga di samping tidak meninggalkan ibadah berzakat. Melalui pembayaran zakat atas talian, selain pembayar dapat menikmati penjimatan dari segi masa dan kos, mereka juga dapat mengelak daripada terdedah kepada risiko penjangkitan pendemik Covid-19.

Read 127 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG