Friday, 19 June 2020 02:15

RISDA ESTATES TUNAI ZAKAT

Rate this item
(0 votes)

PEKAN, PAHANG 17 Jun 2020 – Risda Estates Sdn Bhd telah menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2018 dan 2019 kepada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bertempat di Pusat Latihan Chini Pekan, Pahang.

Risda Estates yang diwakili oleh Pengerusi RISDA merangkap Ahli Parlimen Jempol, YB Datuk Mohd Salim bin Sharif bagi menyerahkan zakat berjumlah hampir RM156,733.37

Majlis penerimaan zakat tersebut telah diwakili oleh Menteri Besar Pahang merangkap Ahli Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Risda Estates Sdn Bhd, Encik Ali Shabuddin bin Abd Samad dan Ketua Bahagian Korporat Pusat Kutipan Zakat Pahang, Tuan Haji Che Samsol bin Ibrahim.

Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat kepada semua badan korporat yang terlibat kerana melaksanakan ibadah zakat perniagaan mereka sebagaimana yang telah disyariatkan dalam Islam.

Read 127 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG