Monday, 20 July 2020 02:33

PENGURUS BESAR KANAN MEMPERSEMBAHKAN PLAN STRATEGIK PKZ KEPADA TUANKU YANG DIPERTUA MUIP

Rate this item
(0 votes)

PEKAN, 8 Julai 2020 Bersamaan 16 Zulkaedah 1441 Hijrah – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke program ‘Majlis Mengadap KDYMM Pemangku Raja Pahang Bersama Pegawai Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dan Pusat Kutipan Zakat Pahang’ yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah.

Baginda selaku KDYMM Tuanku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang berangkat ke majlis tersebut dengan diiringi paduka kakanda baginda yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Leftenan Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.  Turut hadir dalam majlis tersebut, Yang Hormat Dato’ Ahmad Hairi bin Hussian serta pegawai Majlis Ugama Islam Pahang dan Pusat Kutipan Zakat Pahang.

Dalam majlis berkenaan juga Dato’ Halidan bin Md Daud, Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang telah mempersembah maklum mengenai prestasi dan perancangan kerja PKZ Pahang bagi tahun 2020 ini. Manakala taklimat bagi pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang telah dipersembahkan oleh Encik Ahmad Aman bin Mohd Saifudin, Pegawai Tadbir MUIP.

Dalam titah baginda kepada semua pegawai MUIP dan PKZ Pahang menasihatkan agar sentiasa bekerja bersunguh-sungguh dan dedikasi , “Baginda mengingatkan warga Majlis Ugama Islam Pahang supaya menjaga imej ‘Islam’ dan tidak memberikan perspektif yang negatif kepada masyarakat umum.

“Warga Majlis Ugama Islam Pahang mempunyai sifat amanah, bertanggungjawab, fokus, cepat dan cekap dalam melaksanakan tugasnya bagi memenuhi keperluan orang ramai terutama asnaf-asnaf yang mengemukakan permohonan bantuan,” titah baginda lagi.

Didoakan agar MUIP dan PKZ makin berdaya maju dan efisien di bawah kepimpinan Tuanku demi memenuhi inspirasi umat Islam di negeri Pahang umumnya dan asnaf zakat khususnya.

Read 351 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG