Monday, 20 July 2020 02:37

PKZ PAHANG KOMITED MEMPROMOSIKAN PERNIAGAAN AHLI BIZZAKAT

Rate this item
(1 Vote)

RAUB , 16 Julai 2020 bersamaan 24 Zulkaedah 1441H, - Para petugas PKZ Pahang telah menziarahi beberapa peniaga di kalangan Usahawan Zakat Pahang dalam daerah Raub untuk membantu melonjakkan lagi pasaran produk mereka . Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang, Dato' Hj. Halidan Bin Md Daud kerana sudi bersama-sama memeriahkan lagi promosi Usahawan Zakat Pahang (BizZakat) di Daerah Raub.

Bizzakat sedang giat menaikkan promosi percuma semua perniagaan USAHAWAN ZAKAT PAHANG. Setiap produk ahli BizZakat juga akan ditampal logo khas BizZakat sebagai tanda mereka adalah pembayar zakat tegar dengan tagline bisnes ‘Halal Lagi Berkat’. Orang ramai digalakkan bermuamalat dengan usahawan BizZakat sebagai tanda sokongan kepada usahawan muslim

Semoga dengan usaha ini, dapat menaikkan lagi perniagaan muslim yang membayar zakat perniagaan di Negeri Pahang.

Para peniaga yang ingin menyertai Usahawan Zakat Pahang boleh daftar melalui  http://www.bizzakat.my/sertaikami.aspx

Read 428 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG