Wednesday, 09 September 2020 07:29

PKZ PAHANG DIAUDIT OLEH SIRIM QAS INTERNATIONAL

Rate this item
(0 votes)

Kuantan, 08 September 2020 –  Dalam usaha memantapkan lagi sistem perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Kutipan Zakat Pahang, telah menjadi rutin tahunan PKZ Pahang akan diaudit oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd bagi memenuhi kelayakan persijilan ISO 9001 : 2015 (Pengurusan Kualiti Kategori Perkhidmtan) dan MS 1900 : 2014 (Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah). Skop pengauditan adalah berkaitan Pengurusan Kutipan Zakat Harta.

Bagi tahun ini, proses audit dari SIRIM QAS dilaksanakan selama dua hari bermula 07 dan 08 September 2020 yang melibatkan semua bahagian di Ibu Pejabat PKZ dan 3 pejabat cawangan PKZ Pahang. Kumpulan auditor telah diketuai oleh Hajah Hanida binti Ghazali dan diiringi Pakar Teknikal Syariah, Ustaz Hisham bin Sabri serta dua orang auditor lain. Melalui audit ini, PKZ Pahang berjaya mengekalkan keputusan untuk tempoh 3 tahun berturut-turut dengan tiada Laporan Ketidakpatuhan (NCR) direkodkan.

Kejayaan ini membuktikan bahawa PKZ sangat komited memberi perkhidmatan kutipan zakat harta yang berkualiti kepada masyarakat Islam negeri Pahang malahan pengurusannya secara keseluruhan mematuhi kehendak Syarak.

Semoga dengan penganugerah sijil ini, akan memantapkan lagi sistem perkhidmatan yang disediakan oleh PKZ Pahang.

Read 83 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG