Wednesday, 23 September 2020 23:47

GODEI GODEI BIZZAKAT BERSAMA PENGASAS REMPAH PUTERI AYU

Rate this item
(0 votes)

Kuantan, 17 September 2020 –  Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang dalam usaha mempromosikan perniagaan usahawan Zakat Pahang dan perkongsian tentang zakat perniagaan serta hikmahnya terhadap perniagaan telah menerbitkan satu program masakan bersama ahli BizZakat yang diberi nama ‘Godei Godei BizZakat’. Program kali ini telah menjemput pengasas rempah ratus jenama Puteri Ayu, Puan Norehan Mohd Nor bersama pengacara program iaitu Puan Norsyairah (Pai) untuk menyediakan hidangan Opor Pahang  dan Sate Goreng secara langsung yang diadakan berhampiran Menara 188 Laman Teruntum, Taman Esplanade, Kuantan, Pahang. Program tersebut juga boleh ditonton secara langsung menerusi FB Pages Pusat Kutipan Zakat Pahang.

Program tersebut turut dihadiri oleh Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang, YH Dato’ Haji Halidan bin Md Daud dan kru penerbitan PKZ Pahang serta kru PJ Foods. Program ini diharapkan agar dapat memberikan satu lagi medium untuk mempromosikan perniagaan dan menarik minat lebih ramai peniaga muslim untuk menunaikan zakat secara istiqomah serta menyertai BizZakat.

‘BizZakat – Halal Lagi Berkat’

Read 117 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG