Monday, 28 September 2020 06:02

MENERIMA KUNJUNGAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

Rate this item
(0 votes)

KUANTAN 23 September 2020 – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) telah sudi berkunjung ke Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang pada hari Rabu yang lalu. 

Kunjungan MAIJ diketuai oleh En. Khirul Nizam bin Mat Said, Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan Bersama Ustaz Haji Azlan bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Zakat, Baitulmal & Wakaf dengan rombongan seramai 14 orang para pegawai. PKZ Pahang berbesar hati menerima kunjungan ini dengan disambut oleh Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang, Dato’ Haji Halidan bin Md Daud serta Ketua-Ketua Bahagian di Ibu Pejabat.

Objektif kunjungan ini adalah bertujuan membincangkan beberapa perkara termasuk mengenai direktori BizZakat dan penguatkuasaan Wajib Takir Zakat (WTZ) di negeri Pahang. Taklimat berkenaan BizZakat telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Pemasaran, En. Zafridan bin Mohd Daud manakala WTZ disampaikan oleh Ketua Bahagian Korporat, Tuan Haji Che Samsol bin Ibrahim. 

PKZ Pahang merakamkan penghargaan kepada MAIJ di atas kesudian mengunjungi pihak ibu pejabat dan berharap agar silaturrahim yang telah terjalin ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Read 108 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG