Monday, 28 September 2020 06:19

KULIAH DHUHA BERSAMA DATUK DR ZAHAZAN MOHAMED

Rate this item
(0 votes)

Kuantan, 25 September 2020 bersamaan 7  Safar 1442H;

Syukur he hadrat Allah SWT kerana warga Pusat Kutipan Zakat Pahang berpeluang  mendengar tazkirah Dhuha mingguan yang telah disampaikan oleh seorang tokoh pendakwah terkenal negara iaitu Yang Berhagia Datuk Dr Haji Zahazan Mohamaed. YBhg Datuk Dr Zahazan pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Melaka. Beliau merupakan penceramah bebas yang aktif di stesen-stesen televisyen, radio, media sosial dan telah menulis puluhan buku-buku agama. 

Majlis tazkirah tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama PKZ Pahang dan telah dihadiri hampir 50 orang kakitangan PKZ Pahang. Di dalam tazkirahnya, YBhg Datuk Dr telah menyentuh tajuk berkenaan konsep ikhlas dalam beramal termasuk dalam urusan mencari rezeki.

Pihak PKZ Pahang merakamkan setinggi ucapan terima kasih kepada YBhg Datuk atas titipan ilmu yang dikongsikan bersama kakitangan. Semoga ilmu yang dicurahkan itu dapat dijadikan pendoman kepada kami dalam meneruskan kehidupan harian.

Read 96 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG