Thursday, 08 October 2020 02:16

69 GURU BESAR HADIR PROGRAM KEROHANIAN & TUTORIAL WAJIB TAKSIR ZAKAT

Rate this item
(0 votes)

Kuantan, 30 September 2020 bersamaan 12 Safar 1442H;

Alhamdulillah, 69 Guru-Guru Besar Sekolah Daerah Kuantan telah hadir ke Program Kerohanian Majlis Guru-Guru Besar Kuantan dengan kerjasama PKZ Pahang. 

Pengisian Khas Quality Moment bersama Sahibus Saadah Imam Besar Masjid Negeri, YH Dato’ Haji Badli Shah bin Alauddin bertajuk 'Keberkatan Pada Perbuatan' sedikit sebanyak menghuraikan keberkatan Ilmu, kepentingan kesihatan dan kecantikan, keberkatan makanan, keluarga dan juga keberkatan pada Harta.  

Manakala pengisian Tutorial e-Taksir disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Azmi Bin Haji Othman, Pengurus Zon Timur Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang). Beliau menunjukkan demonstrasi manual pendaftaran, log masuk e-taksir sekaligus  tips 5 langkah mudah membuat taksiran dan bayaran zakat dalam tempoh bawah 5 minit.

Majlis penutup disempurnakan oleh YH Dato’ Haji Halidan bin Md Daud, Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang. Turut hadir dalam majlis tersebut, Tuan Haji Miftah bin Mohd Surif Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan dan En Azmi bin Muhammad, YDP Majlis Guru-Guru Besar serta Ketua-ketua Bahagian PKZ Pahang. 

Hasilnya, 38 daripada 69 orang Guru Besar yang hadir, siap menghantar taksiran ZP2020 masing-masing.  

Semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran terhadap zakat yang telah dikeluarkan dan memberkati segala harta mereka yang masih tinggal.

Disediakan oleh : 
Zul Faiz Ashraf
Perunding Zakat PKZ Kuantan

Read 65 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG