Tuesday, 13 October 2020 02:28

ROLL CALL BULANAN FELDA CHINI TIMUR 3

Rate this item
(1 Vote)

Pekan, 01 Oktober 2020 bersamaan 13 Safar 1442H;

Seramai 88 orang Peneroka dan Penerokawati telah hadir dalam program 'Roll Call' bulanan dan pengisytiharan pencapaian hasil sawit Januari hingga September 2020. Dalam masa yang sama Pusat Kutipan Zakat Pahang telah dijemput untuk memberi ceramah dan membuka kaunter zakat sepanjang program berlangsung.

Ceramah telah disampaikan oleh yang berbahagia Ustaz Mohd Amran Bin Abdul Hamid Penolong Pengurus PKZ Kuantan yang bertajuk 'Keberkatan Dalam Hidup'. Berikutnya kaunter zakat telah dibuka dengan dibantu oleh PPZ Pekan, PPZ Muadzam dan PPZ Rompin. Alhamdulillah sambutan amat mengalakkan di kalangan peneroka dan penerokawati Felda Chini Timur 3.  Hasil daripada program tersebut seramai 29 org telah membuat potongan zakat bulanan (PZF) dengan pecahan 18 orang pembayar baru dan 11 orang membuat penambahan potongan.

Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah Pengurus Felda Chini Timur 3, En Fizul Bin Asmah, Ketua Peneroka Felda Chini Timur 3 merangkap Ketua Peneroka Gabungan Wilayah Kuantan, En Zaid Bin Sidek dan Pengerusi GPW Felda Chini Timur 3 Puan Faridah Binti Mat Ras dan Pengerusi Belia Felda Chini Timur 3, Encik Mazlan Hidayat Bin Abdul Azizi.

PKZ mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengurus Felda Chini Timur 3 di atas peluang yang diberikan untuk menyampaikan dakwah zakat. Semoga Warga Felda Chini Timur 3 terus istiqomah dalam membayar zakat  dan didoakan hidup mereka sentiasa dilimpahi rahmat daripada Allah SWT.

Disediakan oleh,
Haji Kahirul Anuar bin Abdullah
Penolong Pegawai Zakat 
PKZ Cawangan Pekan

Read 49 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG