Monday, 16 November 2020 08:19

Syarikat Harqis Empire Sdn. Bhd. Tunai Zakat

Rate this item
(3 votes)

Temerloh, Jumaat 6 November 2020 – Pusat Kutipan Zakat Pahang Cawangan Temerloh telah menerima kunjungan daripada pemilik Syarikat Harqis Empire Sdn. Bhd. bagi menunaikan kewajipan sebagai seorang peniaga Islam. Pemilik syarikat ini merupakan usahawan muda berjaya yang telah membuka ruang pekerjaan kepada orang ramai menjana pendapatan melalui platform yang disediakan seperti menjadi dropship, ejen dan stokis bagi syarikat beliau. Pemilik dan pengasas Syarikat Harqis Empire Sdn Bhd ini, Puan Nur Saidatul Akma binti Jamaruddin berkata, beliau sentiasa mengingatkan rakan kerjanya supaya melaksanakan kewajipan sebagai seorang Islam dalam setiap usaha dan pekerjaan yang dilakukan seperti menunaikan solat dan zakat perniagaan. Asbab ini telah banyak membantu pihak PKZ Pahang dalam menyebarkan dakwah zakat terhadap peniaga lain mengambil aura positif kejayaan  dalam perniagaan kosmetik yang beliau usahakan.

Menurut Puan Nur Saidatul Akmar lagi, “Cita-cita peribadi saya agar suatu hari nanti saya mampu menyumbang kepada dana zakat negeri Pahang hingga mencecah RM 1 juta. Alhamdulillah dengan keberkatan berzakat selama ini banyak memudahkan urusan perniagaan saya dari semasa ke semasa”. Dalam majlis tersebut, Pengurus PKZ Pahang Zon Tengah, Tuan Haji Mohd Asri bin Awang telah menyampaikan cenderahati bayaran zakat kepada Puan Nur Saidatul Akmar dan mendoakan agar perniagaan beliau terus berkembang maju dan diberkati Allah SWT.

Read 211 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG