Friday, 27 November 2020 07:12

YAB MENTERI BESAR PAHANG BERZAKAT

Rate this item
(1 Vote)

KUANTAN. 27 November 2020 bersamaan 11Rabilulakhir 1442H;

Segala puji dan syukur kehadrat Allah S,W.T di atas limpah rahmatNya, pada pagi Jumaat yang penuh barakah ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah menunaikan kewajipan berzakat beliau bertempat di pejabat YAB Menteri Besar di Blok A Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Pembayaran zakat pendapatan beliau telah diserahkan kepada Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang, Yang Hormat Dato’ Haji Halidan bin Md Daud. Turut hadir di dalam majlis tersebut adalah Haji Che Samsol bin Ibrahim, Ketua Bahagian Korporat PKZ Pahang dan Encik Mohd Farid bin Ishak, Pegawai Unit Taksir Zakat PKZ Pahang.

Pihak PKZ Pahang merakamkan sekalung tahniah dan terima kasih kepada Dato’ Sri kerana menjadi qudwah terbaik kepada umat islam di negeri Pahang ini. Di dalam perjumpaan ini juga, beliau turut bertanya khabar tentang komitmen pembayaran zakat di kalangan penjawat awam yang bertugas di negeri Pahang dan anak-anak syarikat di bawah kerajaan negeri Pahang.

Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran dan keberkatan di dunia dan akhirat kepada YAB Dato Sri MB atas ibadah zakat yang dilaksanakan  dan memberkati segala harta beliau yang masih tinggal.

Read 459 times
© 2021 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG