Tuesday, 09 February 2021 04:25

KUTIPAN ZAKAT 2020 MENINGKAT 10.3%

Rate this item
(1 Vote)

Alhamdulillah hasil kutipan zakat harta pada tahun 2020 telah berjaya meningkat sebanyak RM14.75 juta berbanding tahun 2019. Bagi tahun 2020, kutipan zakat harta bagi seluruh negeri Pahang adalah sebanyak RM158.2 juta. Ini bermaksud berlakunya peningkatan sebanyak RM14.8 juta (10.3%) berbanding kutipan tahun 2019 iaitu sebanyak RM143.4 juta. Dari segi bilangan pembayar, jumlah pembayar yang membayar zakat harta pada tahun 2020 adalah sebanyak 92,169 orang berbanding dengan tahun 2019 seramai 89,728 orang.
Penyumbang terbesar bayaran zakat harta adalah daripada zakat pendapatan dan harta yang dibuat melalui potongan gaji. Lebih RM80 juta telah diterima melalui potongan gaji dengan bilangan pembayar seramai 74,301 orang. Amaun kedua terbesar adalah diterima daripada zakat perniagaan yang meliputi badan-badan korporat serta lain-lain perniagaan. Jumlah yang diterima daripada kategori ini adalah sebanyak RM52 juta. Seterusnya diikuti dengan zakat Wang Simpanan dengan jumlah sebanyak RM18 juta.
Bagi tahun 2021, dengan pelbagai pelan strategik yang akan dirancang Pusat Kutipan Zakat Pahang berkeyakinan untuk menggapai sasaran yang telah ditetapkan iaitu RM170 juta dan sasaran pembayaran seramai 95,000 orang.
 
‘TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT’

Read 86 times
More in this category: « TUJUH BADAN KORPORAT BERZAKAT
© 2021 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG