Monday, 13 August 2018 06:35

LAWATAN YAYASAN ANAK YATIM NARATHIWAT BAGI PERKONGSIAN MAKLUMAT TERHADAP PENGURUSAN ZAKAT DI NEGERI PAHANG

Rate this item
(0 votes)

Kuantan, 8 Ogos 2018 bersamaan 26 Zulkaedah 1439H;

Wakil rakyat kawasan Narathiwat merangkap Pengerusi Pendidikan Dan Kebajikan Anak Yatim Narathiwat, YB Tasneem binti Omar telah membuat lawatan kerja bagi mendapatkan pmaklumat menyeluruh tentang pengurusan zakat di negeri Pahang untuk diadaptasikan ke peringkat Majlis agama Islam wilayah Selatan Thailand terutamanya wilayah Narathiwat dan Songkhla.

Lawatan tersebut adalah lawatan kunjung balas hasil daripada kunjungan Persatuan Anak Yatim Pahang (PEKAYA) ke Songkhla dan Narathiwat baru-baru ini yang turut disertai oleh Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang, YH Dato’ Haji Halidan bin Md. Daud.  Selain perkongsian tentang maklumat zakat, YH Dato’ Halidan juga turut mengambil kesempatan menyerahkan sumbangan hasil daripada kutipan derma para pegawai dan kakitangan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang kepada sekolah agama persendirian dan rumah anak yatim di bawah kendalian YB Tasneem di Narathiwat.

Semoga hubungan baik yang terjalin daripada pertemuan ini dapat memantapkan lagi pengurusan zakat di tempat masing-masing. In sha Allah.

Read 449 times
© 2019 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG