Wednesday, 10 March 2021 00:25

MUIP AGIH ZAKAT RM200,000 UNTUK BANTU PELAJAR UIA KUANTAN

Rate this item
(0 votes)

Kuantan - 05 Mac 2021

Kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Kuantan telah menerima sumbangan zakat berjumlah RM200,000 untuk sara hidup siswa dan siswi yang bakal menyambung sessi pengajian 2021 pada pertengahan Mac nanti.

Gimik penyerahan tersebut dilaksanakan oleh Ybhg Dr Haji Asmadi bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi MUIP kepada Profesor Dr Kamaruzaman Yunus, Pengarah Kampus UIA Kuantan

Menurut Dr Asmadi, UIA Kuantan merupakan salah satu penyumbang dana zakat terbesar melalui potongan gaji terbesar di kalangan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negeri Pahang. Tambahan beliau,Kampus UIA Kuantan berada di ranking kedua selepas Universiti Malaysia Pahang yang mempunyai hampir 1,000 kakitangan berzakat melalui skim al-barakah Pusat Kutipan Zakat Pahang berjumlah RM1.3juta setahun. Manakala UiTM berada di ranking ke tiga.

Selain daripada itu, Ybhg Dr Asmadi Abd Rahman juga turut menyerahkan 200 borang Wajib Taksir kepada Pengarah Matrikulasi UIA Gambang sebagai usaha untuk meningkatkan dana zakat demi manfaat mereka yang memerlukan.

Semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran terhadap zakat yang telah dikeluarkan oelh warga Kampus UIA Kuantan dan memberkati segala harta mereka yang masih tinggal.

Disediakan oleh :

Hairul Nain bin Makhtar
Perunding Zakat Cawangan Kuantan

Read 115 times
© 2021 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG