Monday, 19 April 2021 08:06

ZAKAT BOLEH DIBAYAR MELALUI GO PAYZ

Rate this item
(0 votes)

Saluran bagi pembayaran zakat kini semakin luas dan banyak pilihan. Pembayaran zakat kini bukan sahaja boleh dibuat secara bersemuka di kaunter PKZ, tetapi boleh dibuat melalui saluran FPX (Financial Process Exchange), perbankan internet atau melalui ejen-ejen zakat yang dilantik.  Bermula 14 April 2021 pembayaran zakat kini telah dapat dilunaskan melalui aplikasi e-wallet Go Payz di bawah kendalian U Mobile Services.

Kelebihan membuat pembayaran zakat melalui aplikasi Go Payz adalah kerana orang ramai dapat memberi akses perkhidmatan pembayaran 24 jam sehari, tidak mengira waktu dan tempat. Dan transaksi pembayaran zakat melalui Go Payz adalah mematuhi piawaian ditetapkan oleh Bank Negara.

Para pembayar zakat di Negeri Pahang kini boleh muat turun GoPayz di Google Play Store (Android) atau App Store (iOS) atau klik pautan ini https://bit.ly/GoPayz bagi memudahkan urusan pembayaran zakat anda.

Read 422 times
© 2021 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG