Tuesday, 20 April 2021 07:24

IHYA’ RAMADAN DENGAN TADARUS AL-QURAN

Rate this item
(2 votes)

KUANTAN 13 April 2021 – Sepanjang bulan ramadhan ini Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang melalui Unit Kerohanian PKZ Pahang telah menjalankan aktiviti halaqah tadarus Al-Quran secara berkumpulan oleh 89 kakitangan Pusat Kutipan Zakat Pahang setiap hari. 

Sesuai dengan bulan Ramadhan selain berpuasa, menunaikan solat Tarawih, umat Islam dituntut untuk menghidupkan Ramadan dengan membaca al-Quran kerana ianya adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah SWT. Amalan membaca al-quran bukan sahaja mendapat imbuhan pahala tetapi juga merangkap penawar kepda pembacanya.

Sebagai sebuah organisasi yang berteraskan agama, setiap pejabat PKZ Pahang akan sentiasa melazimi tadarus Al-Quran setiap hari walaupun bukan di bulan Ramadhan. Semoga kita semua menjadi generasi quran dan mendapat syafaat al-Quran di akhirat nanti.

Disediakan oleh,

Noraidah binti Mustafa
Bahagian Perhubungan Awam Dan Korporat

Read 241 times
© 2021 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG