Thursday, 06 May 2021 23:46

CERAMAH AMBANG RAMADHAN KEM DEPOH PELURU BENTONG – KEBERKATAN DENGAN BERZAKAT

Rate this item
(0 votes)

Bentong, 12 April 2021 - Bagi menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak, pengurusan Kem Depoh Peluru Bentong dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) dan Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) telah menganjurkan satu program khas bagi pengisian kepada anggota pasukan.

Dalam slot yang pertama, Pegawai MUIP daerah Bentong Ustaz Muhamad Firdaus bin Kamaruzzaman telah berkongsi berkenaan fungsi dan program-program agihan zakat yang telah dilaksana MUIP sebagai badan yang bertanggungjawab menguruskan dana zakat untuk disalur kepada golongan asnaf yang memerlukan.

Dalam slot yang kedua, Pengurus PKZ Zon Barat Encik Mohd Zaisam bin Zainal telah mengingatkan hadirin berkaitan dengan kewajipan berzakat khususnya berkaitan zakat pendapatan. Melalui perlaksanaan Arahan Wajib Taksir zakat pendapatan bermula tahun 2018, setiap penjawat awam dan swasta perlu memastikan pendapatan mereka ditaksir. Kaedah taksiran boleh dibuat secara online dengan mendaftar di www.ezid.my atau mengisi borang taksiran yang telah disediakan. Untuk rekod terkini, terdapat kira-kira 2,800 anggota tentera di negeri Pahang telah menyertai skim potongan gaji dengan amaun bayaran RM 1.3 juta setahun.

Disediakan oleh,
Mohamad Taufiq bin Mohd Suhaimi

Read 126 times
© 2021 PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG